Awesome People

Welcome To My Neverland, Haqita Life's On Here

Terbaik dari Stadium Paroi Semalam

Assalamualaikum dan Senyum Selalu .

Kalau aku dah start cerita silalah lihat dengan tepat dan teliti ye . Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama dekat aku , yeayyyy sila tepuk tangan sambil pandang atas hahaha , senget ini perempuan :L perasaan seronok still melekat dekat aku ni ha sampai sekarang . bukan seronok lepas tengok persembahan artis tapi aku seronok sebab dapat tengok persembahan dari PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia kita . Mereka sememangnya awesome pada pandangan mata aku , pandangan korang tak tau lah pulakkan . 

Persembahan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai Malaysia itu bertempat di Stadium Tunku Abdul Rahman , Paroi Seremban Negeri Sembilan bertarikhkan 1 Julai 2011 bersempena Hari Tatu PDRM . Semua dijemput hadir . Dilihat dari pandangan mata kasar aku , boleh meletup satu stadium semalam  sebab ramai sangat penonton yang hadir untuk meninjau persembahan mereka . macam orang tengok bola lah katakan  penuh sit stadium tu . Turut dihadiri Menteri Besar NS , Timbalan Ketua Polis Negara , Panglima Tentera Darat Malaysia dan golongan besar-besaran *termasuk aku sebab aku anak Raja , hahaha xd kena mengena langsung dalam ini cerita :D

Dalam keadaan stadium yang gelap gelita itu , terdapatlah lampu bling-bling untuk menampakkan persembahan diorang . Banyak sangat persembahan yang ditunjukkan antaranya --->Pertunjukan Akrobatik Bermotosikal Kuasa Tinggi , Unit Berkuda , Kawad Patung (paling lawak ; terus hilang mengantuk aku), Kawad Tanpa Perintah , Pancaragam , Badan Seni Budaya , Persembahan Lampu Laser dan pelbagai lagi persembahan termasuk aksi istimewa Unit Elit PDRM iaitu Komando 69 dan Unit Tindakan Khas (UTK).

Persembahan diorang memang dasyat sangat , bukan dasyat disebabkan ada bunga api tetapi macam-macam unsur jenaka yang boleh dimasukkan dalam persembahan mereka . Yang paling excited aku tengok persembahan diorang iaitu muncullah dua buah helipkopter dari atas  kepala stadium , payung terjun berkipas , meriam dari kawat kaki dan tarian / nyanyian yang dimasukkan dalam kawad diorang .

teruja sangat untuk menonton sampai tersenguk-senguk sekejap , buat malu cik adik meyhhhh :D


nampak kan gamba aku yang kat atas tu , tak nak kasi pecah lah stadium paroi ini baru dekat seremban , kalau dekat Stadium Bukit Jalil tak tahu pulak , agaknya terus kedabommm meletup stadium itu . 

Keadaan agak samar-samar sebab lampu stadium tidak buka , yang hanya ada lampu bling-bling yang comel tuu -.-

muka teruja daripada kami

duduk berhimpit-himpit memang membuatkan aku tak selesa .tapi apakan daya dah ibu ajak jom tengok helipkopter ape lagi pergilah kami . penat baru balik tusyen masih terasa . malangnya ayah tidak dapat join kami sekali kalau ada ayah lagi besttt !! kalau pergi ramai-ramai dengan kawan pon best jugak , kompem pecah satu stadium dengar gelak kitorang . Maklumlah ni baru first time tengok show yang besar-besaran macam ni . Tapi ada lagi show yang pernah kitorang tengok (biarlah rahsia) tapi bukan konsert artis atau jomheboh eyhh , itu den memang tak suka merongeng tengok depa .



p/s : sejak akhir-akhir aku ni mudah mengelabah , resah + gelisah .tapi kenapa ya ? jadi renung-renungkanlahhhh ...


 

No comments:

Post a Comment