Awesome People

Welcome To My Neverland, Haqita Life's On Here

We Miss One Girl


Assalamualaikum * kalau tak jawab maknanya berdosa , kalau jawab tandanya sayang


Kawan ? apa itu ertinya kawan ? Kawan merupakan satu ukhuwah yang paling rapat dengan kita selain daripada keluarga . Kawan ibarat keluarga kita yang sentiasa menjaga diri kita , rahsia , pelajaran dan seumpamanya . Terdapat sesetengah kawan yang baik dan sesetengahnya tidak . Jika kawan yang baik itu menunjukkan teladan yang baik , elokklah kita mengikutinya . Jika yang buruk , janganlah kita turut mengikuti jugak.  Kawan ada banyak kategori seperti kawan baik , karib , rapat , kawan sekepala dan selainya . Jadi , kita mesti ada kategorikan kawan kita itu di kategori yang mane kan . Seelok-eloknya buatlah demikian .

Apa kena mengena cerita kawan dengan post aku kali ini ? sebenarnya , kami sekelas telah kehilangan seorang kawan . tak bermakna dia sudah tiada dimuka bumi ini malah dia sudah berhijrah ketempat lain . Oleh itu , mukadimah aku yang agak panjang lebar di atas itu bertujuan untuk korang semua untuk menghormati kawan-kawan anda . Jika dia sudah tiada bersama kita lagi di sini, kita haruslah berdoa agar dia sihat sejahtera keatasNya . tak semestinya apabila orang itu sudah meninggal baru nak sedekahkan doa , apabila mereka masih hiduplah harus kita berdoa jugak .

Nak kenal sape kawan aku tu , tunggu kejap eyhhh . sat lagi aku akan memperkenalkan . Dia seorang yang banyak bercakap pasal korea . banyak sangat ker ? boleh tahan lah . dia agak satu kepala dengan aku yang minat korea. Dekat kelas aku , ramai budak perempuan yang tumpang sekaki minat korea jugak . antaranya alya , hajidah , nadia , hazirah , faiqah & etc .. maaf ye kalau aku tunjukkan nama kawan aku kt korang . kalau boring , sila tutup mulut anda ketika menguap . (ade kena mengena ngan kau? haha) Tahun lepas satu dorm dengan dia , memang rapat tak payah nak bilang . Tapi dia lagi rapat dengan geng dia lah . Mana taknye , semua rahsia dikongsi bersama . 

Apabila dapat tahu , hari ini hari terakhir dia . Semua orang sedih , yang paling sedih eylia , nabilah , nur , faiqah dan lain-lain . Budak lelaki kelas aku tak tahu lah ade perasaan ke tidak . Yang aku perasan sorang tiga aje kot . Mula-mula pikir dia main-main nak pindah , rupernye betul . Kat sekolah tadi mak dia dah beri kata putus yang muktamad dan tiada bantahan . Dah elok-elok 4 setengah tahun belajar dekat Shams , tapi pengakhirannya merantau dia juga ke JB . tak delah jauh mane dari NS ni ,selang satu negeri aje pon . Ingatkan kitorang semua akan kekal satu kelas sampai satu f5 nanti , tak tahu pulak akan kehilangan seorang kawan .


Kawan yang aku cakapkan itu ialah Alya Afiqah Binti Abdul Rahim , budak yang mempunyai lesung pipit dan genit orangnya . Dia sangat comel macam marshmellow , teheeee T__T . 

sahabat yang tersanggatlah rapat , alya dan eylia
alya dan nabilah
gila-gila remaja perempuan
i like this picta
miss korang semua
cik alya afiqah


to alya ---

  • kami semua doakan kau panjang umur dan bahagia disamping keluarga tercinta
  • menuntutlah ilmu sehingga ke menara gading dan semoga kita berjumpa lagi nanti
  •  sentiasa menhargai persahabatan kita semua di sini
  • jadilah muslimah yang solehah
  •  anak yang baik mendengar kata 'itu moto sekolah kita'
  • pasti ada kebaikan dan hikmahnya jika ikut cakap ibu-bapa
  • kita hanya mampu merancang , tetapi Allah telah tentukan segala-galanya 

p/s : aku harap kau sentiasa ingat kenangan kita semua bersama . jangan lupa kawan ! penat tau aku buat post panjang ular ni untuk kau , hehehe -.-

No comments:

Post a Comment