Awesome People

Welcome To My Neverland, Haqita Life's On Here

Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

Assalamualaikum *kalau tak jawab berdosa tau - for u sake too*


Jangan cakap aku sudah tak wujud dalam industri blog ni yer . Seperti biasa , kalau hari sekolah sudah tentu aku takkan mengupdate blog aku ni . maklumlah homework banyak dan jadual kerja pon padat tak termasuk menonton televisyen tau ! itu merupakan perkara yang wajib aku tonton untuk menghilangkan ketensionan . tapi SEMBAHYANG itu lagi wajib yer . tuntutan pertama dalam Islam yang akan dihisab mula-mula. munkin minggu depan aku tak amek kesah sangat soal menonton ni sebab nora elena dah habis kan . tapi juvana belom habis pulakkan . jadi aku hanya tuntun malam ajelah okay .

pertama kali aku mengambil tajuk post dari ayat peribahasa kan . jangan terkejut pulak yer . sebenarnya kali ni aku nak menceritakan pasal exam aku yang baru sahaja habis sebelum cuti semester satu hari itu dan sekarang sudah mendapat keputusannya . keputusannya sangat memilukan hati aku . sedih yang teramat . aku sudah berusaha bukan tak . namun hasilnya kurang membanggakan . tak perlulah aku nak terangkan secara lebih terperinci dekat korang oke , melainkan aku dapat 10 atau 11 ker ? baru lah bersemangat nak tulis post ni .

peribahasa yang aku ambil ni ingin aku menceritakan bahawa aku akan lebih berusaha diatas apa yang sudah berlaku . benda yang lepas tak usahlah dikenang . nasi sudah menjadi bubur , betul tak ? mungkin kali ni aku akan buat persedian terlebih awal .

 antara persediaan yang aku teruskan sampai bila-bila ialah --->
  
  •  jangan membaca novel lagi pada hari sekolah
  • siapkan kerja sekolah disekolah dan dirumah hanya mengulangkaji
  • buat revision sebulan sebelum pepriksaaan 
  • kurangkan menonton seperti yang sudah aku sebut diatas
  • tidur jangan lewat malam nanti dekat sekolah mengantuk 
  • masa cikgu mengajar hadap sahaja muka dia dan jangan sesekali pandang dekat luat tingkap 

aku berharap sangat-sangat korang semua boleh memberikan sokongan ini dan kalau boleh mau join sekali pon tak per . ini demi kebaikan korang jugak . kalau kita berjaya kita jugak yang dapat nama dan membanggakan ibu bapa kita . SPM hanya tahun depan sahaja . pejam celik sekarang ni sudah setengah tahun 2011 tak lama lagi aje 2012 . persediaan mesti ade jugak kan . jangan cakap tapi tak buat , tak berjalan jugak planning kita tu .

pada hari ini pulak , pagi-pagi aku sudah menyiapkan kerja sekolah . tengah-tengah buat kerja sekolah tv pulak terpasang dekat depan mata aku ni . apa lagi , cerita dia pulak legend of star with FT Island . Band Korea aku pulak tu . aku buat kerja sambil tengok cerita tu ajelah . hehehe , nasib baik siap jugak . mata memnadang sambil tangan bergerak . terer tak ? haha . Sudah tengah hari mata aku pon mengantuk . Masuk lah bilik kot-kot nak lelapkan mata . Tiba-tiba teringat aku ada pinjam novel orang . uhuuu , apa lagi baca lah novel lepas tu . tajuk dia Aa + Bb . best pulak tu , kisah dia pun lain dari yang lain . tak macam setengah novel lain . lelaki dia boss perempuan tu pulak PA dia . cerita ni pulak lelaki dia engineer dan perempuan tu doktor . 

memang best lah

kali ni sahaja aku sentuh novel ni okay . percayalah kat aku ni ha ! hehehe . sekian .

No comments:

Post a Comment