Asslammualaikum dan Selamat Berpuasa kepada Orang Islam yang berpuasa sahaja .
Sudah letihkah anda ? harap-harap tidak yer kerana berpuasa itu merupakan suatu ibadat di jalan Allah taala . Tahukah konsep berpuasa . Berpuasa dari segi hukum syarak ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang sisi Allah taala bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari dan disertakan dengan niat . Berpuasa juga mestilah ikhlaskan hati agar diterima oleh Allah .
Let's talk about first day berpuasa -->
mula-mula mestilah terasa letih dan segala-galanya , lagipun cuaca hari ni sangat panas . semua orang bagai cacing kepanasan lah katekan . kita seharusnya bersyukur kerana ini semua datang daripada Allah untuk menguji kesabaran kita semasa berpuasa .
solat terawih tak korang semua malam tadi ? aku harap kita semua penuhkan bulan ramadhan ini dengan solat sunat agar mendapatkan syafaat . seminggu puasa ni ramai lah orang berterawih lepastu lenggang lah surau atau masjid .
nampak air dan makanan yang sedap dekat bazar ? urrmmm , jangan sesekali membatalkan niat anda untuk berpuasa yer . itu semua ujian dan kita semua akan makan dan minum makanan itu juga semasa berbuka nanti . bersabar itu separuh daripada iman .
Selamat Berpuasa dan Berbuka |
p/s : bau mulut orang yang berpuasa harumnya seharum kasturi di sisi Allah :)
No comments:
Post a Comment