Awesome People

Welcome To My Neverland, Haqita Life's On Here

Sukan Sekolah 2011*Merah tak menang sob-sob :)

Assalamualaikum dan Selamat Membaca (:


Bermulalah sukan sekolah aku iaitu Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Haji Mohd Said , Seremban pada hari 15 Julai 2011 hari Jumaat bagi sukan perempuan . (nak panjang ajekan nama sekolah , tapi still belum dapat title Sekolah Berprestasi Tinggi lagi . InsyaAllah taun depan kott ) . Sekolah agama ni asing sukannya bagi lelaki dan perempuan , mana boleh campur-campur tak manis , hehe . Bagi lelaki pula pada 17 Julai 2011 iaitu hari Ahad .

Walaupun ramai ibu bapa tak datang , tapi sukan sekolah tetap berjalan seperti biasa macam tahun-tahun dulu . Sukan sekolah pada kali ni memang gempak dan hebat-hebat belaka kerana persaingan teramatlah sengit . Semua rumah memberi kerjasama yang baik . Kelakar pon ada tengok gelagat ahli rumah sukan masing-masing . Masing-masing ada sahaja trademark diorang , teheee T__T


Terdiri daripada empat rumah sukan yang dinamakan sebagai nama-nama para khalifah sesuai dengan title sekolah iaitu Saidina Abu Bakar (Merah), Saidina Umar (Hijau), Saidina Uthman (Kuning) dan Saidina Ali (Biru) . Baru tahun ni tukar nama rumah sukan jadi baju sukan pon wajib beli baru , hohoho XP .


Aku , Hanis , Raihan dan Syiqin masing-masing lepak kat rumah aku (kecuali Farahana ) . Daripada diorang duduk kat sekolah takde kerja lebih baik aku ajak diorang balik rumah . Lepastu , pergi sekolah pon sama-sama . Mula-mula datang terus tangkap gambar , orang tak masuk sukan lah katekan .

masing-masing berlainan rumah sukan 
senyum dulu sebelum tengok orang bersukan (tk masuk sukan pon kitorang , haha)
macam kaler TV3 polakkk 

sebernanya banyak lagi gambar kitorang , jadi aku masuk sikit ajelah . nanti penuh polak post aku ni tempek gambar kitorang aje wuhuuuu . lepastu , kitorang membelek perbarisan a.k.a kawad setiap rumah sukan . masing-masing berlainan rumah , jadi bergaduh lah nak promote rumah sukan masing-masing .


rumah kuning yang seragam
rumah merah yang awesome , rumah aku lah tuu .
rumah biru yang memukau 
mintak maaf kepada rumah hijau kerana aku tak sempat nak tangkap gambar korang . semua perbarisan macam-macam gaya ditunjukkan . memang seragam macam kawad betul-betul punya , ye ker ? boleh laaa . bagi perbarisan perempuan ini , rumah yang menang ialah rumah MERAH . wott , wottt ! bangga sikit dengan rumah sendiri . memang tak percayalah boleh menang , kalau ada rezeki tak ke mana kan .

bagi tempat kedua pula rumah biru dan diikuti dengan rumah kuning dan hijau . bagi perbarisan budak lelaki
tempat pertama rumah kuning , tempat kedua rumah merah dan diikuti dengan rumah biru dan juga hijau . kira okelah rumah aku (merah) congker tempat pertama bagi budak perempuan dan tempat kedua bagi budak lelaki


gambar diambil pada hari jumaat
masing-masing teror

dipendekkan cerita sebenarnya okay .takut aku korang menguap banyak kali nanti , hilang pulak mood korang nak membaca pulakkan . johan kesuluruhan rumah sukan pada kali ini ialah rumah kuning . memang dah target diorang menang sebab hampir semua acara diorang ada kedudukan tempat pemenang . jeles pulak heh , nak buat macam mana dah rezeki diorang menang kali ini kasi can lahh kan . bahaha =p

 aku harap-harap sesangat rumah merah boleh bangkit macam dulu . tiap-tiap tahun menang memang kebanggaan kitorang . siapa taknak rumah sukan masing-masing menangkan . usaha mesti adalah . papepon SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada rumah kuning pada tahun ini . Korang memang layak menang sebab semua hebat-hebat belaka . 

No comments:

Post a Comment