Awesome People

Welcome To My Neverland, Haqita Life's On Here

New Year Is Coming, Countdown From Now :)




Hai! apa khabar kalian semua? semoga sihat sejahtera ya. jangan sakit-sakit pulak sebab sekolah dah nak buka. tinggal 8 hari aje lagi. aku sangat cuak dan cuak eh eh. kenapa ye? sebab SPM kot tahun depan. takdelah sampai tahun depan tapi kalau tolak cuti, makan minum tido aku semua memang cepatlahkan. tak sanggup nak hadapi peperiksaan sebesar tu. kalau aku berusaha dan buat betul-betul pasti akan dapat hasil yang lumayan sama macam korang jugak.


berkaitan tajuk aku di atas, korang ade mate kan? bace sendiri lah haha (kejam tak hee). 2012 bakal menjelma tak lama lagi, so korang dah buat persediaan ke belom? dah beli barang ni -->
  • baju sekolah
  • kasut sekolah
  • alat tulis
  • beg sekolah 
  • buku sekolah
  • buku rujukan
  • lain-lain yang berkaitan dengan sekolah

harap semua dah habis beli ye? eh kenapa ngan aku ni hoho suka hatilah nak beli bilakan kahkah. kalau aku, kasut sekolah & buku sekolah aje belom beli lagi. *sad life. cuti tahun ni memang tak best lah seriously sebab aku duduk kat rumah aje hihi. mula-2 tu je best sebab pergi melancong beberapa buah negeri (bukan luar negara macam korang pon).


macam mane dengan AZAM 2012? dah pikir (amboi bosar tak tulisan den hehe). mesti kita semua nak kehidupan yang baru kan macam suci dari segala dosa yang lepas macam tulah. ape yang aku merepek ni haha *abaikan*. aku punya azam untuk 2012 ni nanti aku nak --->

sila telengkan kepala anda untuk melihat gambar berikut haha *peace*

  • dapat result yang bagos dalam semua ujian sepanjang form 5
  • tak nak tidur dalam kelas lagi (eh kantoi lol)
  • tak nak gelak-gelak + main-main
  • fokus di dalam kelas
  • tusyen wajib datang penuh
  • tahan nafsu untuk online (especially TWITTER)
  • berjimat cermat semasa belanja
  • siapkan homework di sekolah manakala ulangkaji di rumah
  • baca AL-Quran lepas solat
  • Hafal surah-surah untuk tasmik
  • tak nak gadoh-gadoh dengan adik lagi *eh

wah! banyak tak azam aku huhu? harap aku dapat penuhi perancangan itu amin moga-moga. kalau kita yakin dengan perkara yang kita nak buat make sure rancang awal-awal tau. tahun baru azam pon mesti baru.


p/s : harap maaf bagi sesiapa peminat setia yang suka skodeng blog aku ni (perasaan haha). mungkin tahun depan setahun aku takkan update blog sebab nak berSPM lahkan hehe. mungkin lepas SPM nanti aku akan sambung balik jadi bersabar ye *watleekcool*.

No comments:

Post a Comment